Terma Penggunaan MPT4 2026

Kemas kini terakhir 22 September 2026.

Penerimaan terma

Dengan memasang dan menggunakan aplikasi MPT4 2026 Latih Tubi Tahun 4, anda bersetuju dengan terma di halaman ini. Kalau anda tidak bersetuju, sila padam aplikasi daripada peranti.

Tujuan aplikasi

Aplikasi ini menyediakan soalan latihan yang disusun mengikut format Matriks Pembelajaran Tahun 4 bagi empat subjek, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Soalan disusun sendiri oleh pasukan kami berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang diterbitkan secara umum, jadi ia bahan latihan dan bukan soalan sebenar peperiksaan.

Bukan produk rasmi

MPT4 2026 bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau Lembaga Peperiksaan, dan tiada kaitan, tajaan atau pengesahan daripada mana mana agensi kerajaan. Segala keputusan rasmi berkenaan pentaksiran hendaklah dirujuk kepada pihak sekolah.

Akses Penuh dan bayaran

Versi percuma membuka lima belas item setiap subjek dan satu simulasi. Akses Penuh ialah bayaran sekali yang membuka semua item dan semua simulasi pada akaun store yang sama, dan ia bukan langganan berulang. Pembayaran, cukai, resit dan permohonan bayaran balik dikendalikan sepenuhnya oleh Google Play atau Apple App Store mengikut dasar mereka, jadi permohonan bayaran balik hendaklah dibuat melalui store berkenaan.

Tanggungjawab pengguna

Kandungan aplikasi adalah untuk kegunaan peribadi murid dan keluarga. Anda tidak dibenarkan menyalin, menerbitkan semula, menjual atau mengedarkan soalan dan penerangan di dalamnya, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

Had jaminan

Kami berusaha memastikan setiap soalan dan penerangan tepat, namun kami tidak menjamin markah atau keputusan tertentu dalam mana mana pentaksiran. Kalau anda menemui jawapan yang salah atau ralat lain, hantar laporan melalui menu Laporkan masalah di dalam aplikasi dan kami akan membetulkannya dalam kemas kini berikutnya.

Perubahan terma

Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa, dan tarikh kemas kini terakhir sentiasa dipaparkan di bahagian atas halaman ini.

Hubungi kami

Pertanyaan tentang terma boleh dihantar ke mpt4@boostmarketing.my.